Masalah & Isu Biasa Honda Odyssey RC1
Setiap kereta ada masalah tersendiri. Jangankan kereta second hand, kereta baharu pun ada problem juga. Kat sini aku nk share kat korang common issue(s)/problem(s) untuk model Honda Odyssey RC1. 1. Cover head gasket - masalah ni biasanya akan terjadi selepas 1-3 tahun pakai. Range harga untuk tukar gasket ni termasuk upah sekitar RM200 ke RM500 bergantung kualiti material gasket, tempat & upah foreman . 2. ABS pump - ini jugak merupakan parts yg sering rosak untuk model ni. Aku tak tahu Honda ni pandai ke tidak buat ABS pump untuk model MPV. Banyak dah kereta group member yg kena. Kos baik pulih sekitar RM1,200 ke RM3,000 depends tempat, kualiti barang & upah. 3. Shock absorber - aku tak tahu benda ni bagi korang common issue atau pun tak, tapi ramai yg cakap kereta ni agak membuai/melantun. Dek kerana body yg agak berat, absorber asal tak cukup kental untuk tampung beban. Solusinya, aku dah tukar absorber kepada OEM dari brand TEIN. Stiff sik...