Aku Cuma Patung
"Mama jadi patung.."
Kotak-kotak akan dilukis sebelum memulakan permainan. Sebanyak lapan kotak akan dilukis dan satu separa bulatan di hujung kotak paling atas. Selepas itu, pemain pertama akan membaling penanda (terdiri dari batu, pemadam, atau apa sahaja yang boleh dibaling) ke dalam kotak pertama. Jika penanda tersebut terkeluar dari kotak pertama, maka gilirannya tamat. Pemain kedua pula akan membaling penandanya. Jika masuk, pemain kedua dikehendaki untuk melompat menggunakan sebelah kaki sahaja ke dalam petak kedua, dan seterusnya dengan menggunakan sebelah kaki juga, melompat ke petak yang ketiga. Begitulah seterusnya. Jika berpijak dengan kedua belah kaki, maka gilirannya akan tamat.
Saya tak pasti, permainan ni anda semua pernah main atau tak. Hari ni tiba-tiba saya rasa rindu zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak adalah satu zaman yang sangat diidamkan oleh orang dewasa. Jika diberikan peluang, mesti ramai orang dewasa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak mereka, kan? Tetapi perkara itu sangatlah mustahil kerana kita tidak boleh memutarkan dunia dan masa. :)
Bila dah dewasa ni, ada juga saya terfikir mana datangnya idea pengasas permainan-permainan tradisional ni. Entah masih hidup atau telah pergi mengadap Ilahi mereka tu semua.
Salah satu permainan kesukaan saya sewaktu kanak-kanak dahulu ialah "teng-teng". Pernah dengar ke nama permainan tu? Atau di tempat asal anda semua namanya berlainan? Macam mana permainannya? Seingat saya, mula-mula kita kena lukiskan garisan dahulu di atas lantai atau tanah. Biasanya jika dilukis di lantai, kami gunakan kapur. Tiap-tiap hari mesti kapur di sekolah habis sebab ada yang bawa balik rumah semata-mata untuk bermain "teng-teng".
Kotak-kotak akan dilukis sebelum memulakan permainan. Sebanyak lapan kotak akan dilukis dan satu separa bulatan di hujung kotak paling atas. Selepas itu, pemain pertama akan membaling penanda (terdiri dari batu, pemadam, atau apa sahaja yang boleh dibaling) ke dalam kotak pertama. Jika penanda tersebut terkeluar dari kotak pertama, maka gilirannya tamat. Pemain kedua pula akan membaling penandanya. Jika masuk, pemain kedua dikehendaki untuk melompat menggunakan sebelah kaki sahaja ke dalam petak kedua, dan seterusnya dengan menggunakan sebelah kaki juga, melompat ke petak yang ketiga. Begitulah seterusnya. Jika berpijak dengan kedua belah kaki, maka gilirannya akan tamat.
Bersambung..
Comments
haha.. jom..! selambe je main "sliper".. kita buat liga "sliper" utk blogger.. =P
<< s| tED| >>
mesti pernah buat kan..? kesian org yg tggu kt sliper tu.. =] mesti dia majuk pastu dh tanak main.. kekekeke