Kerja Amal

Bulan puasa memang sesuai kalau kita nak buat kerja-kerja amal ni. Saya suka buat kerja-kerja amal seperti ni. Termasuk membaiki komputer secara amal.


Ooops! Bukan sebuah tau.. tetapi sepuluh buah laptop saya kena kemaskinikan dan cari penawar bagi setiap virus. Kalau ada yang haru diformat, saya akan format sahaja. Apa nak saya hairankan, bukan data-data saya pun. Haha >:)

Jadi, lepas bersahur tadi saya berjaya menyiapkan lapan buah laptop. Tinggal lagi dua buah yang boleh dikatakan agak kronik penyakitnya. Entah siapa punya laptop dan bagaimana dia gunakan laptop ni sampai boleh saya kategorikan sebagai laptop menternak virus. Dah macam ternak ternak lembu dan kambing. Jika virus-virus ini boleh saya jual, dah jadi millionair saya sekarang ni.

Okay, semua. Masa untuk saya mengundur diri. Nak lelapkan mata seketika supaya segar sikit esok pagi.

P/S : Saya terus dihantui dengan panggilan dari nombor misteri. Saya jadi rimas. Maaflah, nombor yang saya tak kenal tidak akan dilayan. =)

Comments

Popular Posts