How WiFi works

Saya tahu, ramai di antara anda yang menggunakan internet melalui sambungan WiFi. Jadi, apa maksud WiFi ni? Siapa tahu?


Jangan kata anda semua hanya tahu menyambungkan komputer anda dengan WiFi tanpa mengetahui maksudnya.

Baiklah, biar saya terangkan secara ringkas nama penuh bagi WiFi ni. Nama penuh WiFi ialah Wireless Fidelity.

Apa sebenarnya Wireless Fidelity ini?

WiFi ialah sebuah jaringan tanpa wayar yang menggunakan gelombang radio. Sebagai contoh; telefon bimbit anda, televisyen dan radio adalah gajet yang boleh kita ambil contoh menggunakan gelombang radio.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia berfungsi secara dua hala, atau dalam istilah telekomunikasi ia dipanggil duplex (dalam situasi ini, kita menggunakan full-duplex).

Pertama sekali, adapter tanpa wayar komputer anda akan menterjemah data kepada signal radio dan menghantar ia menggunakan antena.

Kedua, router tanpa wayar menerima signal tersebut dan dekod data tersebut. Router akan menghantar maklumat ke internet menggunakan sambungan berwayar, Ethernet.

Proses tersebut juga berfungsi sebaliknya. Router akan menerima maklumat dari internet dan menterjemahkan ia ke dalam bentuk signal radio dan menghantar signal tersebut kepada komputer anda melalui adapter tanpa wayar di komputer anda.

Comments

Popular Posts