Kadangkala

Kadangkala mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata. Tidak semua yang kita harapkan akan dapat berjalan seperti yang dirancang. Kita harus pastikan masa yang sesuai untuk menyatakan sesuatu kepada seseorang.

Mungkin saya akan menulis tentang apa yang berlaku beberapa hari ni kemudian. Keadaan sudah jadi porak peranda dan kacau bilau. Bila dikenangkan, saya rasa seperti saya adalah manusia yang tidak berguna.

Selepas ni, saya harus berhati-hati sebelum menyatakan sesuatu kerana situasi mungkin akan berubah menjadi lebih teruk.

Perbualan di antara saya dengan mak saudara saya (adik bongsu ayah saya)...

Saya : Nash rasa absorber belakang kereta Mak Su ni dah mati (istilah yang biasa digunakan untuk absorber yang telah rosak).

Mak Su : Eh! Sebelum ni okay ajer.. Nash yang rosakkan la tu.

Saya : Apahal pulak? (bisik hati saya)

Mak Su : Mak Su rasa Nash yang bawak kereta tu sampai rosak. Mak Su tahu macam mana cara Nash memandu. Langgar bump laju sangat sampai rosak absorber tu.

Saya : Maaflah, Mak Su ingat absorber kereta ni boleh rosak sekejapan macam tu je ker? Lagipun Nash memandu tak seteruk yang Mak Su sangka!

Mak Su : Ya, Mak Su tahu. Absorber tu dah lama rosak. Mak Su tak sekaya Nash. Macam Nash lain lah, boleh tukar enjin kereta bagai.. semua tu mak dan ayah yang tanggung.

Saya : Kalau Mak Su tak tahu apa-apa, boleh tak Mak Su tolong diam. (hati dah panas membara)

Mak Su : ...

P/S : Saya sangat pantang dengan ayat-ayat macam tu. Waktu bulan puasa macam ni lah ujian melanda. Betul-betul menguji kesabaran saya. Percuma jer dia dapat pahala puasa saya. =(

Comments

Anonymous said…
awal yang baik

Popular Posts