Seribu tahun takkan mungkin

Bismillahirahmanirrahim...

Pergh, tajuk entry ni macam tajuk lagu.

Aku tak ingat lagu sape nyanyi. Tapi mmg tajuk lagu la.

Hari ni, aku dapat tahu wanita yg aku minat dah ade teman hidup.

Pasrah sket je. Tak banyak mane pon.

9 tahun dah berlalu. Aku cuba untuk mendekati dia.

Tapi takde setahun pun yg dia perasan.

Apa boleh aku buat. Aku bukan lelaki yg suka untuk meluahkan perasaan aku macam tu je.

Ceritanya, dulu aku pernah luahkan perasaan aku kat dia ni.

Tapi at that time, dia dah ade boipren. Takde jodoh aku la tu kot.

Last-last aku dapat tau yg dia dh break-up dgn boipren dia tu.

Aku cuba utk mendekati dia sekali lg. Tapi kali ni aku teragak-agak untuk meluahkan perasaan aku tu sekali lg.

Aku takut peristiwa lama berulang. Ya! Aku mmg tak boleh terima rejection or watsoever.

Pastu, aku mcm ada sedikit give up walaubagaimanapun dlm hati aku tak pernah luput diri dia.

Dia ni, mmg ada rupa. Sangat menarik.. Sikit chubby. Org Terengganu gak, tapi skrg bermastautin di perantauan.

Aku cuba buat gaya bebas. Hidup untuk melupakan dia dgn mencari teman istimewa yg lain.

Tapi tak seorang pon yg pernah menjadi istimewa. Kerana.. Aku mmg dh di sumpah oleh nenek kebayan kot.

Takpelah, kalau betul aku disumpah aku akan tggu je la si dia. Sbb aku tau aku takkan mungkin ada teman istimewa.

Akhir kata, majulah Malaysia untuk rakyat! Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts