ICT Dalam Dunia Pendidikan

Kenapa ICT masih belum meluas digunakan di dalam dunia pendidikan di negara kita sedangkan di rata-rata negara maju lain sudah mengaplikasikan penggunaan ICT yang sangat meluas dalam pendidikan mereka.

Aku memuji usaha Menteri Besar Terengganu dalam mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang sememangnya sinonim di era ini. Walaubagaimanapun, masih ada kekurangannya. Baru-baru ini aku ada terdengar tentang penyalahgunaan kemudahan eBook yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah.

Bagi setiap masalah, pastinya ada jalan untuk mengatasinya. Kepada negeri-negeri lain, Menteri Besar takde rase nak ikut ke? Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jangan terkejut jika suatu hari nanti ada ramai rakyat Terengganu yang di ambil bekerja dalam bidang ICT. Hehehe.. No offend ya guys..

Lagi satu, cadangan aku ialah untuk melatih warga pendidik agar mereka lebih mahir menggunakan komputer kerana ada segelintir yang kurang mahir menggunakannya. Ilmu ni tak pernah habis.. Tidak semestinya pendidik pandai dalam semua aspek. Betul tak? (gara-gara tak reti menggunakan komputer, habis semua anak beranak trojan dan malware masuk ke dalam komputer di pejabat sekolah - rungutan kerani-kerani dan pekerja am di mana-mana sekolah yang aku pergi repair komputer dorang.)

P/S : Google ada menyediakan satu produk (sumber terbuka) kepada warga pendidik. Cuma aku tak pasti akan kegunaannya.

Comments

Popular Posts