Kelana Supply & Trading
Hari Khamis lepas, saya dengan big boss ke Kuantan untuk daftar syarikat baru di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kuantan. Nama yang dicadangkan pada mulanya, Kelana Supply & Services. Tetapi atas nasihat kakak yang uruskan pendaftaran di kaunter pendaftaran tu, kami telah tukar nama syarikat kepada Kelana Supply & Trading.
Alhamdulillah, logo Kelana Supply & Trading pun telah siap. Saya design dalam keadaan kelam kabut. Takde cantik mana pun, kerana big boss cakap dia mahukan logo yang simple tetapi sedap mata memandang. Beliau pun setuju dengan logo tersebut, terus kami hantar logo ke printing company untuk tempahan namecard.
Semoga Kelana Supply & Trading berjaya menempa nama di dalam industri minyak dan gas, In Shaa Allah.
Kalau ada rezeki di masa akan datang, In Shaa Allah kami hendak melangkah setapak ke hadapan dengan bertukar kepada Kelana Supply & Trading Sdn Bhd. HEHEHE.. Doakan kejayaan kami tau..! =)
Any inquiry or suggestion, please email it to us at kelanasupply[at]gmail[dot]com. Untuk sementara waktu ni, kami belum mampu untuk mempunyai domain name sendiri. Maka, kami gunakan servis e-mel percuma dahulu.
Comments