Surat kawal selia dari JPJ

To be... or not to be.

Logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Proses endorsement kereta saya akan memakan masa yang sangat lama. Kekecewaan melanda diri saya. Nak dapatkan surat kawal selia dari JPJ akan mengambil masa seminggu. Apa boleh buat.. prosedur JPJ dah macam tu. Nak atau tidak, haruslah menunggu.

Untuk mendapatkan geran asal pula, sekian hal. Macam-macam halangan dan dugaan. Perit sesangat rasanya dengan penantian. Betul kata orang tua-tua, "Penantian itu satu penyiksaan."

Tiba-tiba terasa kekesalan menukar enjin kereta saya. Jika tidak kerana keterpaksaan, sememangnya saya tak mahu tukar enjin tu. Kalau tak tukar, jawabnya saya hanya bayar ansuran bulanan pada bank tetapi saya terpaksa menapak untuk ke tempat kerja. Bravo!

Comments

Popular Posts