Bila Hidup Tiada Pilihan

Terkadang aku menyesal kerana tidak melakukan yang terbaik suatu ketika dahulu.. kini tiada apa yang harus aku sesalkan kerana kesilapan itu datangnya dari diri aku sendiri.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku redha dengan qada'' dan qadar aku.. tiada apa yang aku boleh pilih untuk kehidupan aku sendiri. Tiada yang dapat aku lakukan sekarang.. selain dari menuruti kata kedua orang tuaku.

Jadi, aku sudahpun mengisi borang bagi jawatan kosong sebagai Juruteknik Komputer (FT17) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim.. Esok aku kena print out dan pergi ke pejabat POSLAJU untuk hantar permohonan aku itu segera.

Hanya DIA sahaja yang tahu betapa beratnya hati aku untuk meninggalkan peluang yang aku ada untuk mengejar cita-cita aku bergelar usahawan. Hancur.. musnah.. harapan yang ada dalam hati aku yang sentiasa berbunga-bunga.

Namun, apalah daya aku. Aku hanya seorang anak yang patut patuh pada keinginan kedua orang tuaku. Mudah-mudahan hidup aku lebih diberkati ALLAH selepas ini. Wallahua'lam..

Comments

Popular Posts