Jaringan Manusia
Kenapa ramai rakyat Malaysia yang belum menyedari tentang hebatnya pelan perniagaan jaringan manusia. Memang menguntungkan dan sangat mengujakan.
Membantu sanak saudara dan juga rakan taulan untuk menjana pendapatan sampingan yang cukup lumayan. Cukup setakat itu yang ingin saya perkatakan tentang kehebatan perniagaan jaringan manusia atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, "Human Network".
Saya telah terlibat dengan dunia Multi-Level Marketing (MLM) semenjak saya belajar di Multimedia University, Melaka. Pada mulanya saya tidak mempercayai yang MLM ini dapat menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit dalam masa 2-3 bulan.
Secara jujurnya, saya tidak menceburkan diri pada waktu itu kerana ketidakyakinan saya terhadap MLM sangat tinggi. Namun setelah saya membuat sedikit kajian tentang MLM di internet, saya dapati 65% rakyat Amerika menyertai MLM sebagai 'part-time job' mereka.
Selepas saya mempunyai keyakinan terhadap MLM, saya cuba untuk mencari sebuah syarikat atau kumpulan yang mempunyai sistem yang hebat. Ternyata, pencarian saya selama ini membuahkan hasil kerana saya telah bertemu dengan satu kumpulan yang telah menyediakan satu pelan yang sangat hebat.
Tiada lagi penjualan produk, tetapi sistem yang dirangka merupakan satu sistem yang kini sedang rancak dijalankan di Amerika, iaitu sistem rangkaian manusia. Mungkin penerimaan terhadap sistem ini masih lagi di peringkat permulaan kerana sambutannya sangat kurang berikutan syarikat yang menaung kumpulan kami kini, pada suatu ketika dulu pernah dicemuh kerana sistem yang dirangka oleh kumpulan lain yang lebih mengutamakan jualan berbanding networking manusia.
Jatuh bangunnya seorang manusia itu bukan kerana kumpulannya, atau kerana syarikat yang dia sertai.. tetapi kerana dirinya sendiri. Anda punyai bakat sebagai seorang pemimpin? Saya perlukan orang-orang seperti anda untuk menjadikan kumpulan kami lebih hebat. Lebih hebat berbanding hari ini.
P/S: Jika kita berfikir secara hebat, maka hebatlah jadinya kita. Tetapkan akal di peringkat yang tertinggi, nescaya anda akan mencapai yang tertinggi di dalam hidup. Insya'Allah.. Rebutlah peluang yang ada untuk mencapai cita-cita dan kesenangan hidup tanpa melupakan Yang Maha Mencipta. Bersama-sama kita menuju ke puncak kejayaan!
Comments