Kerana Cinta



Suamiku adalah seorang jurutera komputer. Aku mencintai sifatnya yang semulajadi dalam meluahkan perasaan sayang dan aku sangat menyukai perasaan hangat yang muncul dihatiku tiapkali kubersandar dibahunya, seakan memberikan aku sejuta nafas baru untuk ku lalui saat kehidupan terindah bersamanya...

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam usia perkahwinan, aku harus akui bahawa aku mulai merasakan sesuatu yang hilang..alasan-alasan untuk aku mencintainya tetap tidak pernah berubah sedari dulu, namun yang berubah adalah masa dan keadaan yang memaksa ku merasai kekurangan sesuatu yang selalu aku rasai suatu tika dulu... Aku seorang wanita yang sensitif dan berperasaan halus. Aku benar-benar merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak lagi dapat aku lalui seperti dulu. Kesibukan dan kekangan masa antara aku dan suami menyebabkan aku merasa sedikit hampa dan kesedihan mulai memenuhi ruang fikiran dan hatiku yang sepatutnya aku isi dengan selaut rindu untuk suami. Rasa sensitifnya kini semakin kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis seperti yang aku inginkan telah mematahkan semua harapan ku terhadap cinta yang kuinginkan.

Suatu hari, aku memberanikan diri untuk mengatakan sesuatu kepada suami tercinta..
”Abang...Siti sudah mulai merasa bosan dengan perkahwinan kita..”
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. Ada riak sayu di rautnya. Namun hatiku terlalu keras untuk terus tekad meluah kata-kata yang ternyata telah mengguris sekeping hatinya..

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang Siti inginkan." Suamiku diam. Membisu sepertimana aku. Dia termenung sepanjang malam di depan komputernya, kelihatan seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan ku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, biarpun telah ku luahkan rasa tidak puas hatiku...rasa kecewaku....sedih dan pilu...semuanya saling bertindanan dalam jiwaku yang sendat dengan airmata hampa. Namun dia hanya terus diam membisu, seakan tidak mahu memujukku. Apalagi yang boleh aku harapkan daripadanya andainya dia jelas hanya membisu tanpa kata? Dan akhirnya dia bertanya setelah nampak terlalu lama dia termenung.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti agar Siti tidak merasa bosan lagi?" Aku merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang dapat memberikan jawapan yg sama seperti apa yg ada di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu gunung itu sangat curam dan berbahaya.. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Suamiku termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hatiku terus gundah mendengar jawapannya itu. Apalagi yang ingin diberikan oleh suamiku sebagai alasan untuk menghindar persoalanku? Getusku di dalam hati..

Keesokan paginya, suamiku tidak ada di rumah, dan aku menemui sekeping kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

”Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu sesungguhnya telah menghancurkan hati ku...kerana ia tidak seperti yang kuharapkan. Lalu diberikan pula alasan lain untuk tidak memenuhi keinginan hatiku. Terasa ingin terus ku koyakkan kepingan surat itu dan mahu saja aku lemparkan ke luar...namun hati kecilku masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, lalu Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program yang tergendala."

"Siti selalu tidak sempat membancuh susu hangat untuk mengisi perut Siti yang tidak boleh berlapar pada waktu pagi..dan abang dengan penuh rasa kasih sayang tidak pernah lupa membancuhnya untuk menjaga kesihatan Siti."

"Siti suka berjalan-jalan di shopping complex dan kadang-kadang merajuk bila sesuatu barang yang Siti inginkan tidak dapat dibeli, dan abang harus mencarinya semula di seluruh tempat hingga berjumpa dengan barang tersebut..barulah Siti akan tersenyum manis dan senyuman itu dapat menenangkan mata abang yang menatapmu saban detik”

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di sebelah Abang ketika abang sedang menyiapkan kerja Abang, dan Abang selalu risau Siti akan merajuk jika abang tidak menghiraukan Siti, lalu abang terpaksa kurangkan tumpuan pada kerja abang yang sebenarnya memerlukan fokus yang tinggi.”

” Siti selalu bersedih ketika sesuatu masalah menimpa Siti dan kesedihan Siti itu tidak sanggup untuk abang melihatnya, lalu abang memerah fikiran dan memikirkan sesuatu untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami agar Siti kembali tersenyum."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku di bawah cahaya malap dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengerat kukumu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti dan kita sama-sama menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu sayangku."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmata Siti mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, masih ramai lagi orang lain yang boleh mencintai Siti lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, fikiran, hati, dan mata Abang tidak cukup bagi Siti, Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata ku jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti berpuashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang berada di hati Siti, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tetap tidak dapat menerima jawapan abang, sayangku...biarkan Abang pergi untuk mengambil bunga yg Siti inginkan dan janganlah Siti tangisi sekiranya Abang tidak dapat kembali lagi bersama bunga itu.. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Aku terkaku disitu. Segera mataku memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu aku segera berlari membuka pintu dan melihat suamiku berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu hangat dan roti kesukaanku.

Oh! Kini aku tahu, tidak ada orang yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Aku terus memeluk erat suamiku...hangat bahunya masih terasa lagi seperti selalu aku memeluknya...air mataku berjuraian jatuh membasahi baju kemejanya yang dipakai berkedut. Baju yang tidak diseterika oleh seorang isteri hanya kerana menuntut sesuatu yang sebenarnya sudah dimiliki.. aku mengheret lembut tangan suamiku masuk ke dalam rumah...terasa kesal mempersoalkan tentang rasa bosan dan kecewa yang sebenarnya hanya sekecil zarah ia bermula, tetapi menjadi kian besar kerana aku terlalu banyak meminta..sehingga terlupa untuk ku memberi...

”Abang...biar Siti seterikakan baju Abang ni ye...nampak buruk je Abang pakai berkedut mcm tu..” suamiku tergelak riang..ada riak ceria kembali menghiasi seraut wajah kesayangku itu..Ya Tuhan, semoga kebahagiaan ini kekal...

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta sepertimana yang kita inginkan, maka cinta itu sebenarnya telah hadir dalam keadaan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini....

Comments

Popular Posts