1001 Pengertian

Semalam, lepas konsert AF 8 saya chit chat dengan si dia. Dia ada cakap yg lagu Shahir nyanyikan pada konsert tu best. Apa yang best sangat dengan lagu tu adalah liriknya.

Kini baru saya faham. Dia mahu saya cari lirik lagu tu. Saya faham akan erti lirik lagu tersebut. Memang saya dengan dia sejak kebelakangan ni tiada keserasian. Bila kami berbual melalui telefon, mesti bergaduh. Teks pun bergaduh juga.

Mungkin dia tak mampu nak mengungkapkannya dengan kata-kata, dia gunakan petunjuk melalui lirik lagu tersebut untuk buat saya sedar. Jika itu yang dia mahukan, akan saya turuti.

Lirik lagu Shahir (Juara AF 8)

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Baiklah, saya faham. Pergilah, terbang dengan bebas. Semoga berbahagia dengan perpisahan yang dipinta. Selamat tinggal sayangku.

Comments

Popular Posts