Berkasut baru

at first rasa mcm malas nak type panjang panjang. bukan apa, diri ini tetiba terasa mengantuk. padahal siang tadi dah bantai tido sepetang. maklumlah, hari jemahat. hari untuk orang cam I beristirehat. ye ke? rasanya lah kot pasal esok I kerja, uols cuti.


rim sukan ni second hand je. tak mampu nak beli baru. beli baru mahal. tayar pon second hand jugak. tapi first owner baru je pakai 2 hari, terus sarung kat rim sukan ni.


kualiti gambar kurang memuaskan pasal I pakai camera petak je. belum ada kemampuan untuk beli Digital SLR. sila abaikan ruang tayar tu. kereta dah season sebab lama terperap dalam workshop.


lebar rim depan belakang adalah sama iaitu 7.5" cuma offset je berlainan. saiz tayar, 215/45R17 91W. tak tahu pasal saiz tayar? ntahla, I pon tak tahu sangat pasal tu semua. main salin je ape yang tertulis kat tayar tu.



inilah dia proton waja satu perpuluhan lapan standard. sila abaikan grill depan yg buruk berwarna merah hitam tu. fanatik team imperials satu ketika dulu. hehehe

Nashrul Sabri a.k.a Uncle Dol

Comments

Popular Posts