Izinkan Aku Pergi

Tett.. Tetttt.. Bunyi SMS masuk di telefon Zul. Tertera di skrin telefon Zul, SMS yang berbunyi, "Kadang-kala I rindu, kadang-kala tak. I sendiri pun tak faham dengan hati I"

Pada saat itu, Zul terasa sangat tidak dihargai. Mungkin itu takdir yang Zul harus terima dalam hidupnya. Walaupun Zul seorang yang tabah, tetapi kali ni dia tak dapat lagi menahan kesedihan hatinya setelah membaca SMS dari Hani itu.

"Mungkin jalan yang terbaik untuk hubungan kita ialah dengan membawa haluan masing-masing seperti yang U pinta sebelum ini. U jagalah diri U sebaik mungkin dan izinkan I pergi mengundurkan diri buat selama-lamanya.", itulah kata-kata Zul buat kali terakhirnya yang dibalas menerusi SMS.

Selepas itu, tiada lagi Hani mendengar khabar berita dari Zul walaupun berkali-kali Hani SMS bertanyakan khabar. Zul benar-benar nekad untuk tidak lagi berhubung dengan Hani.

Selepas 2 bulan berlalu, Zul masih lagi tidak membalas SMS Hani. Pada suatu hari, Hani mendapat satu SMS yang menyatakan Zul telah hilang selama 2 bulan daripada adiknya, Zack. Laporan polis telah dibuat, namun Zul masih lagi gagal ditemui.

Hati Hani gundah gulana kerana rasa bersalah di atas kehilangan Zul semenjak hari terakhir Zul menghubunginya.

bersambung..

Nashrul Sabri a.k.a Uncle Dol

Comments

Popular Posts