Naked Under The Sun

Kebiasaannya, saya tengok sahaja orang buat kerja-kerja memotong paip. Hari ni, saya sendiri yang memotong besi paip. Cuma saya tak potong paip spool sahaja. Saya potong paip hollow yang biasa. Hehe =)

Lepas balik dari UiTM Dungun, saya terus memulakan kerja-kerja memotong dan juga mengimpal besi untuk dijadikan tiang awning. Projek apa? Tungguuuu! Ini adalah projek rahsia. Haha =P

Gambar-gambar di bawah ni sahaja yang sempat saya ambil. Maklumlah, photographer yang tak bertauliah guna digital camera cap ayam ajer.

Abang Ngah sedang mengimpal besi yang telah dipotong

Haizul sedang memerhati saya marking besi untuk dipotong

Layan Abang Ngah ukur besi

Belajar untuk mengimpal besi, habis berlubang. Haha =)

Azan maghrib berkumandang, jadi kami hentikan semua kerja dan kemas barang-barang untuk balik ke rumah. Orang tua-tua pesan, jangan buat kerja waktu maghrib. Bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa, lagi pun hari semakin gelap. Macam mana nak ukur, potong dan kimpal besi-besi tu semua jika tak nampak. Esok saya akan tulis entri lain tentang kerja-kerja ni.

Cuma esok saya tak boleh turut serta kerana saya ada mesyuarat kemajuan kerja selepas waktu makan tengahari. Saya akan pergi ke tapak projek ni sekejap sahaja. Jika sempat, akan saya ambil gambar untuk diletakkan di dalam blog ini. Hehe =)

Comments

Popular Posts