Pengalaman adalah guru

Pernah suatu ketika dulu I bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera rekabentuk.

Pada masa tu, I cukup suka merekabentuk kereta di atas kertas. Walaupun lukisan I hanya dalam bentuk 2D, I realize something yg sangat menarik—walaupun I baru berusia 7 tahun pada waktu tu, lukisan budak berusia 13 tahun pun tak boleh lawan (bongkak sikit di situ. hahaha).

Ayah I selalu pesan, pengalaman itu merupakan guru yg terbaik buat kita. Kita tidak dapat memahami sesuatu itu secara teori, tetapi secara praktikal. You follow your passion and what you do best.

Pada usia I 6 tahun I dah didedahkan dengan komputer. Usia I 12 tahun I dah boleh buat script mIRC sendiri. pada masa tu mIRC mmg sangat famous. Sekarang teknologi semakin canggih hingga memaksa manusia mengikut peredaran zaman.

I ikuti perkembangan mIRC dan I dapati, ada sesuatu yg kurang pd mIRC hingga menjejaskan bilangan penggunanya. Walaupun begitu, I salute pd mIRC kerana sekarang dah pun versi 6.35. It is for me to know for you to find out ttg punca kemerosotan bilangan pengguna mIRC. I won't reveal it here. Bukan I kedekut, tapi I malas nak berleter pepanjang kat sini.

Cam I cakap pada mula-mula entri I tadi. Praktikal tu penting. Buat sesuatu, uols harus pegang pada kata-kata ni, "Watch and learn". Tu yg I buat selama ni.

I boleh pegang grinder machine and cut metals. Uols boleh ke? hahaha I ter'riak' lg. =P I can weld metals, cantumkan besi-besi pendek menjadi satu besi panjang. Right now, I'm learning about metal pulak. Baru I tahu sebenarnya metal ni banyak ukuran-ukurannya. Tu pasal I agak sedikit pening sekarang ni. huhuhu

Anyway, cubalah timba pengalaman dan ilmu pengetahuan itu akan datang dengan sendirinya melalui pengalaman yang anda timba tu.

Ps: I pernah jadi driver lori. Jangan ingat kerja driver lori tu senang meh! hahaha.. Uols cuba dulu, baru uols tahu camne peritnya jadi driver lori. ;)

Nashrul Sabri a.k.a Uncle Dol

Comments

Popular Posts