Perjudian dan pelacuran

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua..

I rasa sangat terkilan dengan apa yg telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.. I malas nak comment lebih² pasal politik ni. Bukan apa, I dah malas nak follow up dengan scenario politik negara memandangkan dah tiada kebebasan rakyat untuk bersuara. Nanti I dikatakan menghasut pula. Langsung kena ISA. Kena berhati dengan kata kata.

Tapi bila dah sampai tahap menghalalkan perjudian dan juga pelacuran, I rasa nak bersuara. Pasal apa dihalalkan benda yang terang terang dah haram? I ada dengar dari seseorang pasal kata kata PM kita yang Malaysia tak akan maju dengan Islam. Habis tu negara kita nak di'sekular'kan ke?

Andai betul pun Malaysia bukan negara Islam, hanya mengikut landasan dan hukum Islam. Perjudian dan pelacuran itu adalah haram di dalam hukum Islam. Kenapa kerajaan meluluskan lesen perjudian dan pelacuran pula kali ini? Kami orang Islam hanya mendiamkan diri bila Genting Highlands satu ketika dulu dijadikan pusat perjudian. Akan tetapi, tindakan meluluskan perjudian bola kali ini sangat sangat menaikkan perasaan amarah umat Islam di Malaysia.

Nak elak jenayah katanya. Bukankah ada pelbagai cara lagi untuk kita bendung jenayah? Ada akal yg Allah SWT bagi, gunakanlah dengan sepenuhnya. Fully utilizekan apa yg dh dikurniakan kpd kita. Jangan hanya menggunakan otak. Kerana haiwan juga mempunyai otak. Bezanya manusia dengan haiwan ialah, akal. Think about it.

Next election, I tak akan turun mengundi. Panas hati dengan pucuk pimpinan UMNO & BN dah sekarang ni. Not all, but some of them. I trusted you guys to rule our country, but you take my trust away this time. Haih... Enuf said.

Comments

joegrimjow said…
klu xngundi
untung 1 je

klu trun ngundi
untung 2
Nashrul Sabri said…
joegrimjow @ hehehe..kalau rosakkan undi,untung berapa pulak?

Popular Posts