Setelah 7 bulan

27 April baru baru ni genaplah 7 bulan aku dengan si dia bersama, akhirnya hubungan itu terlerai atas permintaannya.

mungkin nasib hidup ini tidak sebaik manusia lain.. mungkin dia telah menjumpai seseorg yg lebih baik dari aku. seorg lelaki yg dapat membimbingnya..

aku bukan lelaki yg dia idamkan.. aku tidak mampu membimbingnya kerana aku bukanlah seorg lelaki yg baik..

27 Mei genaplah sebulan aku dan dia berpisah.. datang juga penyesalan tu sekali sekala bila aku memikirkannya, namun tiada apa yg aku mampu lakukan melainkan menyerahkan segalanya kepada-Nya. hanya Dia tempat ku mengadu.. hanya Dia ku sandarkan segala harapanku..

2 malam yg lepas aku ada menghubunginya.. aku pinta agar aku diberikan satu lg peluang untuk aku bersamanya lg.. "nanti sy fikirkan," itulah jawapan yg aku terima.. Ya Allah, jika benar dia untukku.. Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. jika dia bukan untukku, Engkau berikanlah kekuatan untukku menerima kehendak-Mu.. aminn...

p/s : aku hanya mampu berserah..berserah pd takdir yg Maha Esa.. ='(

Comments

Popular Posts