Tanpa disedari

Kadangkala hidup ini tidak seindah yg kita jangka. Hidup bukanlah sehala. Ilmu dan akal menjadi batu penanda. Tanpa keberanian, impian tidak akan menjadi nyata.

Kadangkala orang yg kita sayang, tidak akan menyayangi kita sebagaimana kita menyayanginya. Jangan terlalu ikutkan kata orang. Tetapkan hati, ikut kata hati. Jangan terlalu takutkan cinta kerana cinta dan kasih tiada nilainya.

Kadangkala manusia tidak dapat menilai erti kasih sayang. Kita terlalu fikirkan harta. Harta itulah penyebab kemusnahan, tetapi kita alpa dengan realiti kehidupan. Tiada harta dapat membeli kasih sayang, hanya dapat dibeli dengan cinta.

Jika seseorang itu benar-benar menyayangi kita, dia sanggup korbankan apa sahaja untuk kita. Wang ringgit bukan ukuran. Jika benar seseorang itu mengasihi kita, jarak bukan penghalang. Jika benar dia mencintai kita, dia akan terus menyayangi dan mengasihi kita tidak kira apa aralnya.

Bukan niat untuk menyindir. Cuma pesanan dari hati yg tulus. Bukan niat di hati untuk melukakan. Cuma ingin menyampaikan rasa hati. Bukan niat untuk mengungkit. Cuma ingin membuka mata hati.

Tiada paksaan dalam percintaan. Andai hati yg tulus dan suci untuk menyayangi dan disayangi, teruskanlah apa yg dirasakan terbaik untuk diri sendiri. Kita hanya merancang, biar Allah yg tentukan.

P/S: Orang yg betul-betul sayang pada kita tidak akan beri kita pinjam duit untuk cabut gigi, sebaliknya dia dengan ikhlas hati membantu kita dengan hanya memberi duit tu. Kan? Itu semua hanya lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaan dan juga memperalatkan demi nafsu manusia yg tak pernah puas dengan apa yg dia ada. Wallahua'lam.. Na'uzubillah..

Nashrul Sabri a.k.a Uncle Dol

Comments

Popular Posts