Tenaga Solar

Saya sangat tertarik dengan projek tenaga solar yang dijalankan oleh Eramaz (M) Sdn. Bhd. di mana syarikat tersebut telah berjaya mengkomersilkan penggunaan tenaga solar di Sabah.

Syarikat Eramaz (M) Sdn. Bhd. membawa satu lebaran dan juga semangat baru bagi mereka-mereka yg tinggal di kawasan pedalaman. Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, memang saya tak nafikan, Sabah kini semakin membangun.

Sabah Electricity Sdn. Bhd.

Pusat pengumpulan tenaga solar PV tersebut dikendalikan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. yakni anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Tetapi mengapa di Semenanjung Malaysia, kita tidak mengaplikasi sistem solar bagi mereka-mereka yg tinggal di kawasan pedalaman. Dari segi kewangan, kita hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja kerana tidak perlu lagi nak fikir untuk bayar bil elektrik yg mana ta'rifnya semakin hari semakin meningkat.

Setahu saya, panel solar yang digunakan mempunyai waranti selama 25 tahun. Bermakna, kos penyelenggaraan yang sangat rendah diperlukan apabila sistem solar digunapakai.

Mungkin suatu hari nanti sistem solar akan menjadi terkenal. Harap-harap begitulah.. Kita sepatutnya sedar betapa pentingnya pembangunan teknologi negara, bukannya bertelingkah sesama sendiri kerana politik. Jadilah MELAYU yg bijak. ;)

Comments

Popular Posts