Gadis urut
Assalamualaikum,
Penat aku tulis entri guna Opera tadi. Aku save, ingatkan nak publish guna Chrome. Sekali tak ada entri yang aku save tadi.
Tak apalah, aku akan tulis lagi sekali tentang gadis urut ni.
Di Malaysia, rata-rata gadis urut ni berusia dari belasan tahun hinggalah ke akhir 30-an. Kebanyakkan berusia lingkungan 20-an dan merupakan warga asing.
Siapa sebenarnya yang membawa mereka masuk ke negara kita untuk memberikan perkhidmatan yang tidak bermoral seperti ini. Yang menyedihkan lagi, ramai pelanggan-pelanggan mereka terdiri dari golongan Melayu. Oh, sedihnya aku tengok orang Melayu kita dirosakkan oleh perkhidmatan seperti ini.
Pendapatan mereka sehari boleh mencecah sehingga RM1,200. Aku yang kerja bertungkus lumus ni pun baru dapat RM50 sehari. Tapi aku bersyukur kerana rezeki yang aku cari adalah rezeki yang HALAL.
Mereka tak urut macam kebiasaan yang kita lihat. Mereka menawarkan urutan B2B ataupun Body To Body Massage. Macam mana cara tu, mungkin anda semua boleh tanya mereka-mereka yang pernah melanggan.
Kadangkala terlintas juga difikiran aku ni. Kenapa si lelaki lelaki ni pergi mendapatkan khidmat tersebut? Mungkin dia minta si isteri untuk buat urutan seperti itu, tetapi tidak dilayan. Terus keluar membuang duit dengan perkhidmatan sedemikian rupa di luar. Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi kepuasan dan juga orang kita telah banyak dipengaruhi dengan anasir anasir barat yang tidak bermoral.
p/s: Na'uzubillah... Minta dijauhkan dari perbuatan terkutuk macam tu.

Comments