Green Zone

Hari Jumaat lepas, aku pergi cari DVD untuk aku tonton diwaktu kelapangan aku. Aku beli 2 keping DVD. Nak tengok wayang, takde teman. So, nak tak nak haruslah beli DVD saje. Layan kat rumah (sound system dah cukup gempak nak layan movie, hahaha).

Green Zone—Source FilmOfIlia
Salah satu DVD yang aku sambar ialah Green Zone lakonan Matt Damon. Best jugak cerita ni. Aku bagi 4 bintang out of 5. Cerita berkisahkan peperangan di Iraq. Aku suka cerita tembak menembak ni. Bukan sebab ganas, tapi aku suka bila melibatkan ketenteraan ni.

Nak jadi tentera tak dapat (masih lagi faktor saiz badan), tengok cerita perang dah la.

Lagi satu movie, belum sempat aku layan. Ingat nak beli sekali DVD Prince Of Persia, tapi member aku yang jaga kedai DVD tu cakap gambar tak clear lagi. Kualiti panggung. Aku support cerita Malaysia je. Yang lain semua DVD cetak rompak. Sorry la aku nak menambahkan lagi kekayaan Yahudi. Hehe...

Tapi cerita Semerah Cinta Stilleto, aku beli yang original. Aku sokong industri perfileman negara. Malaysia BOLEH! :)

p/s : Ni kalau KHEDN tau, mati aku. Hurmmm.. Insaf sekejap. Lepas ni beli yang original ar.

Comments

Popular Posts