Kenapa aku masih bujang

Ramai yang tertanya-tanya, "kenapa kau masih bujang?"

Jika boleh, aku tidak mahu mempercayai kepercayaan karut. Tetapi ramai diantara mereka-mereka yang veteran mengatakan aku tidak pernah hadir sebarang majlis akad nikah. Aku tidak pernah melihat bagaimana majlis akad nikah itu diadakan. Aku akui yang sepanjang hidup aku 26 tahun, aku belum lagi pernah melihat majlis pernikahan secara langsung.


Gambar ehsan—beautconnection.com

Mungkin itu salah satu sebab kenapa aku masih lagi bujang. Tetapi itu semua hanyalah satu kepercayaan orang-orang veteran. Yang pasti, jodoh aku masih lagi belum sampai. Atau dengan nama lainnya, belum sampai seru. Bila sudah tiba masanya nanti, maka kahwinlah aku. :)

Biarlah aku memiliki rumah dahulu sebelum aku hendak berumahtangga. Prinsip aku mungkin berlainan dengan orang. Yang pasti, itulah yang aku mahukan. Wallahua'lam. Sama-samalah kita tunggu bila tiba masanya nanti ya! Doa-doakanlah jodoh aku cepat sampai dan Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti.

Comments

Popular Posts