Kucing gemok!

Semalam masa aku pegi tujuh sebelas (7 Eleven). Aku hanya bercadang nak beli topup untuk Huda.

Masa duk belek-belek magazine sementara menunggu giliran membayar, aku tertarik dengan satu benda. Kucing gemok! yang sangat comel. Siap posing cam melambai-lambai tangan lagi. Kat perut dia ada tertulis, "Do not forget little kindness and do not remember small faults".

Bau yang sangat wangi!

Benda tu sebenarnya air freshener berbau sea-breeze. Terus tanpa segan silu, aku amik dan terus bayar bersama-sama topup. Harga tak mahal mana compare dengan air freshener yang lain. RM5.90 sahaja.

Tak pasti pula aku kat tempat korang punya tujuh sebelas yang terdekat ada jual ke tak. Hehe

p/s : Sampai rumah, terus snap picca and MMS kat Huda. Dia mesti suka tengok benda-benda camni especially bila melibatkan kucing. She's a cat lover. We shared the same interest (CAT!). =)

Comments

Popular Posts