Harga gula dan minyak

Aku baru dapat tahu yang kerajaan menaikan harga gula dan petrol. huhu... mesti ada kesan negatifnya nanti kan?

Tak sabar nak tengok reaksi rakyat Malaysia bila mereka merasai bebanan yang akan ditanggung.. pada permulaan, mungkin tak terasa sangat kot.. but, one day pasti akan dirasai jugak keperitan tu. bagi mereka yang berpendapatan tinggi, mungkin mampu. Tapi bagi mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawah sebulan pasti merasai keperitan hidup berganda-ganda.

Pasni aku tak heran kalau tengok ramai orang-orang berpendapatan tinggi kat hospital.. kena penyakit kencing manis.. dan orang-orang yang kurang berkemampuan sihat wa'alfiat. pasal dorang dah tak beli gula.. cuma minum air kosong dan makan ikan panggang sahaja.

Malaysia yang penuh dengan warna warni kehidupan ditambah sedikit dengan senario politik yang sering berdrama. syabas dan tahniah kepada semua wakil-wakil rakyat yang senantiasa membela nasib rakyat..

Alasan yang seringkali diberikan apabila rakyat mempertikaikan kenaikan harga barang ialah:-

Harga barang-barang di negara kita masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran...

Mengapa harus dibandingkan negara kita dengan negara jiran? Wallahua'lam..

Masing-masing ada agenda masing-masing dalam mentadbir sesebuah negara. Lepas ni kita sama-sama lihat apa yang bakal berlaku di Malaysia. Mungkin akan ada penambahan bilangan kapal selam negara? Mungkin juga ada penambahan dalam bilangan kontena barang-barang berjenama yang diborong dari luar negara. =)

Comments

Popular Posts