Pusat Teknologi

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Baru-baru ni aku ada dengar cerita yang Google Inc. sedang mencari tempat yang strategik untuk mereka bertapak di Malaysia.

Sekarang ni hanya ada seorang kakitangan Google Inc. di Malaysia, iaitu Mr. Hanson Toh. Beliau merupakan Google Malaysia Country Consultant bagi Google Inc.

Mungkin peluang tersebut patut direbut oleh Kerajaan Negeri Terengganu memandangkan Terengganu sudah banyak mempunyai kemudahan-kemudahan untuk membangunkan dan memacu industri Teknologi Maklumat negara. Dua tahun lepas, Kerajaan Negeri Terengganu telah membina sebuah studio 3D.

Selepas ini? Siapa tahu.. Mungkin HQ Google pula di sini? Betul-betul dibina di tepi pantai dengan permandangan yang cukup panoramik. Akan tetapi, mungkinkah ianya akan menjadi suatu kenyataan? Jika kerajaan negeri Terengganu sanggup, tiada apa yang mustahil untuk kita cipta peluang.

Comments

Popular Posts