Aktiviti makan percuma kini bermula

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... Dah tinggal 10 hari lagi untuk kita menyambut ketibaan bulan kemenangan bagi umat Islam—Syawal. Dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan ini terdapatnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, yakni malam Lailatul-Qadr. Berusahalah kita dalam mencari malam tersebut dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T dan ikhlas mengerjakannya. Semoga kita memperoleh keberkatannya, insya'Allah...

10 hari terakhir di bulan Ramadhan inilah banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan majlis berbuka puasa. Memang seronok apabila berbuka beramai-ramai kan? Jadual berbuka puasa aku di 10 hari terakhir ini sangat padat.


Semalam, Menteri Besar Terengganu telah mengadakan majlis berbuka puasa di rumah beliau di Telok Kalong, Kemaman. Aku tidak ketinggalan untuk menghadirinya. 5 ekor lembu telah dikorbankan bagi menyempurnakan majlis tersebut yang telah dihadiri oleh ramai orang terutamanya rakyat Kemaman.

Esok, berbuka puasa di Awana Kijal. Dianjurkan oleh salah satu daripada sub-con kami.

Hari Rabu pula, salah seorang daripada ketua kami akan menganjurkan majlis berbuka puasa di Kerteh. Aku dipertanggungjawabkan untuk membuat tempahan dan mengatur kesemuanya. Harap-harap berjaya! Dan tiada sungutan dari mereka-mereka yang menghadirinya.

Hari Khamis, majlis berbuka puasa di Chendor bersama klien. Katanya hendak bawa aku rasa tomyam kelapa. Menarik... Menarik...

Hari Jumaat, berbuka bersama keluarga tercinta di luar. Belum tahu lagi perancangannya di mana. Semua bergantung pada ayah aku untuk mengaturkannya.

OK, sampai hari Jumaat sahaja yang aku boleh update. Nak solat subuh dan selepas itu bersiap-siap untuk pergi kerja. Selamat berpuasa semua!

Wassalam...

Comments

Popular Posts