Demam dan aku
Assalamualaikum..
Maha Suci Allah.. Dia yg memberikan penyakit dan Dia juga yg menyembuhkan penyakit.
Hari semalam aku ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana aku mengalami rasa lemah tubuh badan dan rasa lenguh di setiap pelusuk sendi. Rasa itu disusuli dengan pening kepala sehingga pusing satu dunia menyebabkan aku hilang imbangan badan.
Hari sebelumnya pula, hidung aku memancarkan air yg boleh dikatakan sangat deras. Masuk hari yg kedua, makin deras pancarannya. Badan tidak panas seperti orang yg demam. Mungkin kerana keadaan cuaca yg tidak menentu dan kurangnya tidur menjadi dalam perihal tersebut berlaku.
Boleh tahan jugak ubat-ubatan yg doktor berikan. Sampai naik sawan aku nak makan kesemua ubat-ubatan tu. Nak beribadat punya pasal, terpaksa aku turuti kehendak doktor untuk menelan setiap butir ubat-ubatan tersebut walaupun tiada kemanisan dapat aku rasakan.
Terbaikkkkk!! Setelah 20 minit, aku telah hilang kesedaran diri kerana salah satu dari ubatan yg diberikan oleh doktor itu mempunyai dadah yg membuatkan aku melayan perasaan hingga tidak sedarkan diri. Memang tugas doktor untuk merehatkan pesakit. Memang aku dapat rehat yg cukup. Air yg terpancar dari hidung kini lenyap. Akan tetapi, kesakitan pada setiap sendi masih dirasai. Entah apa masalah sendi aku ni. Sengal gamaknya.
Hari ni ganjil kita berpuasa selama 9 hari. Dalam diam, tinggal 21 hari lagi untuk kita sama-sama menyambut hari kemenangan!! Orang yg puasanya tak cukup, belum boleh sambut hari kemenangan lagi. Insaf.. insaf..
p/s: Semalam doktor menyaran supaya aku membatalkan puasa. Langsung aku tak layan dan terus gigih menghadapi ujian Allah. Akhirnya aku berjaya. Kira aku boleh sambut 2 kemenanganlah nanti kan?
Maha Suci Allah.. Dia yg memberikan penyakit dan Dia juga yg menyembuhkan penyakit.
Hari semalam aku ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana aku mengalami rasa lemah tubuh badan dan rasa lenguh di setiap pelusuk sendi. Rasa itu disusuli dengan pening kepala sehingga pusing satu dunia menyebabkan aku hilang imbangan badan.
Suhu badan normal ialah 36-37°c |

Comments