Kamus Bahasa Arab Online

Assalamualaikum...

Aku terjumpa Kamus Bahasa Arab Online tadi. Setelah sekian lama mencari, akhirnya berjaya juga aku jumpa kamus untuk bahasa al-Quran ni.

Klik logo untuk ke laman sesawang tersebut.

Laman sesawang tersebut dimiliki oleh orang dari seberang, Indonesia. Tidak pasti pula adakah maksud bagi perkataan yang diterjemahkan itu betul atau salah kerana perbezaan maksud bagi beberapa perkataan. Mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang lari dari maksudnya.

Apa pun, aku ucapkan syabas dan tahniah kepada pembangun laman sesawang tersebut. Anda telah berjaya menghasilkan satu kamus untuk bahasa yang paling indah di atas muka bumi ini—Bahasa Arab/Bahasa al-Quran. (Bahasa nombor satu di dunia)

Orang kita tidak ada yang berminat untuk membangunkan satu aplikasi online seperti inikah? Atau aku sahaja yang tidak menjumpainya. Wallahua'lam...

Comments

Popular Posts