Kesilapan-kesilapan Ketika Janji Temu


Kesilapan ketika temujanji boleh membunuh perhubungan. Adakah anda tahu apa kesilapan-kesilapan yang telah anda buat?

Adakah kesilapan tersebut dapat mengikat kembali hubungan tersebut? Dan, adakah kesilapan seperti itu boleh dilupakan kelak? Kesilapan ketika temujanji adalah benda-benda yang anda tidak lakukan dengan betul. Bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan tersebut, anda patut tahu apa yang pasangan anda tidak suka.

Komunikasi terbuka adalah wajib dan ianya adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan jika anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Berbicara tentang apa yang anda mahukan, apa yang anda perlukan, dan apa yang anda harapkan di dalah perhubungan anda dengan pasangan anda. Kesilapan ketika bertemujanji seperti ini akan mengundang perselisihan faham dan perhubungan boleh berakhir di situ.

Jangan terlalu mengharap. Jangan meletakkan standard yang tinggi dan anggap perhubungan anda mampu bertahan. Memahami keperluan masing-masing adalah sangat penting dalam janji temu. Jangan terlalu memandang rendah atau memandang tinggi pasangan anda.

Jangan menipu. Kesilapan seperti ini akan membuatkan anda ditinggalkan di tengah jalan dan hanya menanti saat treler sampai dan melanggar anda!

Percaya pasangan anda. Jika anda merancang untuk membawa hubungan itu dengan lebih jauh, kepercayaan adalah sesuatu yang perlu ada dalam diri anda dan pasangan anda.

Jangan abaikan perasaan pasangan anda. Kejayaan dalam sesuatu hubungan adalah bagi mereka-mereka yang amat mementingkan perasaan pasangan mereka melebihi dari diri mereka sendiri.

Kesilapan dalam janji temu boleh membuatkan anda bujang sampai tua. Dalam erti kata lain, menjadi seorang andartu/andalusia ataupun antertu. Jika anda seorang yang tidak boleh mengatasi masalah/kesilapan ketika bertemujanji, terima sahaja kenyataan, anda tidak bagus dalam janji temu. Menjaga hati orang lain boleh dikatakan satu pengorbanan juga. Kadangkala, kesilapan-kesilapan kecil ketika janji temu harus ditimbang untuk kemaafan juga. Kesilapan-kesilapan ketika bertemujanji boleh mengundang kepada putusnya hubungan atau memanjangkan lagi hubungan. Wallahua'lam..

Comments

Popular Posts