Mangga Ad

Assalamualaikum..

ManggaOnline.Com.My

Pernah ke anda semua melihat atau mendengar tentang Mangga Ad? Rata-rata blogger yg agak terkenal telah bertukar menggunakan Mangga Ad ni. Aku pun tak pasti kenapa...

Pertama kali aku tahu tentang Mangga Ad ni menerusi blog bro Adha. Ada artikel mengenai Bloggers Advertising Network tersebut dalam blog beliau. Terus tanpa melengahkan masa, aku click pada URL yg ada dan baca setiap baris perkataan dalam T&C mereka.

nuffnang.com.my

Tanpa ragu-ragu, aku mendaftarkan diri aku di situ. Tiada lagi nuffnang di blog ni—bukan kerana aku membenci nuffnang, tetapi aku cuma ingin beralih arah dan menjadi salah seorang PIONEER dalam Mangga Ad. (pioneer ke aku ni dalam network Mangga Ad?)

Nevertheless, akaun aku di nuffnang masih lagi belum aku delete sebab hati ini masih lagi ada padanya. (cewaahhh.. ayat tangkap leleh beb!) Cuma aku tak pasti status aku masih lagi 'geligeli' atau tak...

Jika anda lihat pada blog aku ini, iklan-iklan Mangga Ad sudah pun aku bentangkan. Jangan malu dan segan untuk tinggalkan komen bertanyakan tentang network Mangga Ad pada aku. Aku tak makan orang pun tau... Dan tak pernah makan orang lagi setakat hari ni.

p/s : Nanti aku akan buat satu entri mengenai pros and cons Mangga Ad. Tungguuuuu!!

Comments

Popular Posts