Pemenang Peraduan Blog dan Menang Mangga Ads!

Assalamualaikum..

Baru beberapa hari yang lepas aku menghantar penyertaan aku untuk peraduan Blog & Menang anjuran Mangga Ads, hari ini aku telah menerima satu e-mel daripada mereka yang menyatakan penyertaan aku telah dipilih sebagai pemenang. Ya! Pemenang bagi minggu ini. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah mencurahkan banyak rezeki buat aku di bulan yang mulia ini.

Aku terpaksa mengkaburkan alamat e-mel mereka atas dasar privasi.

Ini merupakan entri yang aku hantar untuk penyertaan peraduan tersebut. Pihak Mangga Ads, terima kasih aku ucapkan kerana telah memilih aku sebagai pemenang. Jika anda semua berminat untuk menyertai peraduan ini, sila layari laman sesawang mereka di sini bagi mengetahui maklumat lanjut mengenainya.

Mangga Ads rocks!!

Dikemaskini pada 24 Ogos 2010 jam 01:34 AM
Nama aku telah diumumkan di laman sesawang Facebook Mangga Ads.

Comments

Popular Posts