Salam Ramadhan Al-Mubarak

Aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimah di seluruh pelusuk dunia. Gunakanlah waktu di bulan Ramadhan ini untuk beribadah kepadaNya kerana di bulan Ramadhan inilah juga kitab suci Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, merupakan rukun Islam yang ketiga (3). Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan salah satu daripada ibadat yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang cukup lengkap sifatnya.

Memperingati sesama muslim adalah dianjur oleh Rasulullah SAW. Bersempena bulan yang mulia ini, aku ingin berkongsi tentang rukun Islam. Mungkin ada yang telah lupa barangkali tentang rukun Islam ini kerana sudah lama tidak menghafalnya seperti di sekolah dahulu kala? Aku tidak menyalahkan mereka yang tidak ingat kerana anda manusia, dan manusia itu sendiri tidak sepi dari melakukan kesilapan. Aku tidak akan komen apa apa kepada mereka mereka yang lupa dengan rukun Islam ini. Pandai pandailah korang nilai sendiri.

RUKUN ISLAM 5 PERKARA:-
1) Mengucap 2 kalimah syahadah
2) Solat 5 waktu sehari semalam
3) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu

Marilah sama sama kita merenung sejenak rukun Islam yang telah Allah tetapkan. Wallahua'lam..

Comments

Popular Posts