Sang suami... Sila baca!

Bila si suami berjalan... maka dilihat hadapan... dipimpin tangan anak kesayangannya ..
Dilihat depan... Wah!! cantiknya....
Dilihat kiri... Wah!! seksinya..
Dilihat kanan.. Wah!! gebunya ..
Dan dilihat belakang... Haih... Lambatnya dia berjalan..

Satu tika dulu...
Si dia yang berjalan lambat inilah si suami memimpin tangannya..
Walaupun haram namun digagahi jua..
Sanggup meredah dosa neraka kononnya
demi cinta yang masih belum bersatu
demi kasih yang masih utuh
bukti setia sayang abadi..

Tapi baru beranak satu..
Suami depan..
Dia belakang...
Langkah panjang..
Leher jinjang...
Kalau boleh tambah mata..
Mahu depan belakang..

Wahai suami..
Bila si dia tidur..
Renungkan wajahnya..
Siang malam berusaha..
Membahagiakan lelaki..
Berusaha agar perut boroi suaminya tidak kembali kempis..
Namun masih tidak langsung mensyukuri kesempurnaannya?

Apa lagi yang suami mahu?
Adakah kerana sekarang tidak lagi langsing?
Buka album lihatlah kenangan..
Dia dulu seperti yang lelaki gilakan!
Bukan kehendak dia jadi begitu..
Memenuhi hasrat suami ingatkan waris..
Namun suami tetap lihat depan, kiri dan kanan..

Suami, lelaki dan jantan..
Sunnah Rasulullah nikah 4 jadi pegangan..
Sedangkan yang wajib terkontang kanting..
Ada hajat hendak bersalam lagi dengan tok kadi..

Sedarlah wahai suami..
Dia di belakang itulah cinta sejati..
Kasih abadi..
Dia yang pernah kau cintai satu tika dulu..

Nota ekslusif : Di ambil dari blog BenAshaari.com dan telah disunting sedikit oleh aku. Harap dapat membuka sedikit pintu hati para suami yang telah lupa akan tanggungjawab mereka. Na'uzubillah.. Aku mintak Allah S.W.T jauhkan diri aku ini dari sifat pentingkan diri.

Comments

Popular Posts