Solat Sunat Taubat
Assalamualaikum..
Sesungguhnya manusia itu sering melakukan kesilapan terhadap Allah S.W.T dan juga sesama manusia. Aku ingin berkongsi serba sedikit tentang solat sunat taubat yg harus dilaksanakan bagi memohon taubat dari-Nya dan juga memohon keredhaan Allah S.W.T.
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah S.W.T. Tiada waktu yang tertentu telah ditetapkan, ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah S.W.T. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri... Dan bertaubat kepada Allah S.W.T di tengah malam yang sunyi.. Kemudian disusuli dengan solat tahajjud dan sebagainya.
Digalakkan mengerjakan solat sunat taubat dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Lafaz niat:-
Setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Doa ketika sujud terakhir rakaat kedua:-
Beristighfar setelah selesai solat sunat taubat.
Istighfar yg pertama (dibaca sebanyak 100 kali):-
Istighfar yg kedua (tiada had bacaannya):-
Ataupun dengan istighfar taubat yg ringkas ini:-
Doa taubat:-
Sama-samalah kita mengerjakannya supaya diri terhindar dari seksaan api neraka. Na'uzubillah...
Yg baik itu datang dari Allah S.W.T dan yg buruk itu dari diri aku sendiri. Wallahua'lam...
Sesungguhnya manusia itu sering melakukan kesilapan terhadap Allah S.W.T dan juga sesama manusia. Aku ingin berkongsi serba sedikit tentang solat sunat taubat yg harus dilaksanakan bagi memohon taubat dari-Nya dan juga memohon keredhaan Allah S.W.T.
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah S.W.T. Tiada waktu yang tertentu telah ditetapkan, ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah S.W.T. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri... Dan bertaubat kepada Allah S.W.T di tengah malam yang sunyi.. Kemudian disusuli dengan solat tahajjud dan sebagainya.
Digalakkan mengerjakan solat sunat taubat dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Lafaz niat:-
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah S.W.T. |
Doa ketika sujud terakhir rakaat kedua:-
Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau. |
Istighfar yg pertama (dibaca sebanyak 100 kali):-
Maksudnya : Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. |
Maksudnya : Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar. |
Maksudnya : Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku. |

Comments