APA ITU RETURN OF INVESTMENT

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak berkongsikan sesuatu tentang kewangan. Walaupun aku tahu, ramai dikalangan anda semua ini lulusan universiti dan mempunyai segulung sijil (tidak seperti aku yang hanya tamat sekolah menengah sahaja).

Apa itu Return Of Investment? Aku yakin ramai yang pernah dengar pasal benda ini. Dalam bahasa kita dipanggil Pulangan Pelaburan/Perniagaan. Jika anda ada akaun di Amanah Saham Bumiputera, anda mesti tahu berapa peratus dividen yang anda perolehi setiap tahun bukan? Itulah yang dinamakan Pulangan Pelaburan/Perniagaan atau Return Of Investment di dalam bahasa Inggerisnya.

Tahukah anda bagaimana untuk kita membuat pengiraan ROI (Pulangan Pelaburan/Perniagaan) daripada duit yang telah kita laburkan?

Caranya sangat mudah. Budak tingkatan 1 pun boleh membuat kira-kira seperti ini. Mari kita sama-sama kira.

(Baki Akhir − Baki Awal) × 100 = Peratusan Pulangan
         Baki Awal

Mudah bukan? Pengiraan seperti inilah yang dilakukan untuk mengira peratusan pulangan pelaburan/perniagaan.

Jika anda seorang pelabur/ahli perniagaan yang bijak, anda dapat menganggarkan pulangan pelaburan/perniagaan anda setiap kali akaun anda ditutup diakhir tahun.

Zaman sekarang anda harus menjadi seorang yang ligat berfikir dan berani untuk gagal jika anda ingin menjadi seorang yang senang dan hidup tanpa hutang piutang yang menimbun-nimbun macam gunung.

Tanpa keberanian, impian tidak akan menjadi kenyataan...

Nota penulis : Lepas ini, kita akan mempelajari tentang Return Of Asset (ROA) pula. Tunggu...

Comments

Popular Posts