Menulis Bukan Kerana Nama
Assalamualaikum...
Gambar diambil dari Embun D Tengah Malam |
Alhamdulillah.. bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih memanjangkan umur saya untuk menulis di blog ini. Bila bermuhasabah diri, rupanya masih banyak dosa kita dengan Allah Ta'ala. Kerana dosa-dosa itulah kita masih dihidupkan di atas muka bumi Allah ini.
Saya menulis blog ini bukan untuk mencari atau mengejar kemasyhuran, cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu tentang Islam dan tentang indahnya Islam sebagai agama Allah Taala.
Setelah hampir beberapa bulan, banyak perubahan telah berlaku di dalam diri saya, terutamanya hidup saya. Allah Taala telah membukakan pintu hati saya untuk kembali ke jalan kebenaran. Syukur! Biarlah ia kekal hingga ke akhir hayat saya. Cinta saya terhadap Allah dan RasulNya semakin membara.
Andai masa dapat diundur, sudah pasti saya adalah manusia pertama yang akan mengundurkannya bagi memperbetulkan setiap kesalahan yang lepas. Namun, perkara itu mustahil berlaku. Saya hanya redha dengan apa yang telah berlaku dan jadikan ianya sebagai suatu pengajaran. Allah itu Maha Pengampun! Semoga taubat saya diterima olehNya. Amin...
P/S : Allah Taala akan memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan saya bersyukur kerana menjadi salah seorang darinya. Saya tidak menulis untuk menempa nama, sekadar ingin berkongsi apa yang patut saya kongsikan bersama anda semua.
Comments