Sebaik-baik Pencipta

Sungguh besar kuasa Allah Taala yang menciptakan manusia (Nabi Adam a.s.) dari tanah dan keturunannya dari pati air benih (lelaki dan perempuan). Allah sebaik-baik Pencipta semesta alam. Dunia hanyalah pinjaman kepada kita sebagai hambaNya untuk kita beribadah kepadaNya kerana akhiratlah yang kekal abadi.

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al Mu'minun : Surah 23 : Ayat 14)

Klik untuk membesarkan gambarajah.

Tetapi, ada manusia yang masih kufur akan nikmat yang Allah Taala berikan kepada mereka dengan mengingkari segala suruhanNya dan melakukan laranganNya. Tidakkah kita sebagai manusia tahu bahawa hari kiamat akan datang menghampiri kita? Kerjakanlah amal soleh selagi masih ada masa.

Allah Taala juga Maha Pengampun. Mohonlah keampunanNya, nescaya Allah akan mengampuni kita. Saya berpesan kepada diri saya dan juga tuan-tuan, puan-puan sekalian.. setinggi mana pangkat kita di dunia ini, sekaya mana kita di dunia ini, segalanya adalah hak milik Allah Taala. Azab neraka menunggu mereka-mereka yang kufur akan nikmatNya.

"Jangan tiada masa dengan Allah kerana nanti Allah akan tiada masa dengan kita...", saya sentiasa mengingati ayat ini yang telah saya dengari di dalam majlis ilmu baru-baru ini.

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita akan dihadapkan di hari perhitungan (Kiamat) kelak. Yang kurang itu datangnya dari saya, yang hebat itu datangnya dari Allah. Wallahua'lam...

Nota penulis : Sungguh sayu hati ini apabila menghayati setiap baris ayat di dalam al-Quran tentang azab api neraka. Ya Allah! Aku tidak layak ke syurga Mu, tetapi aku takut azab neraka Mu. Ampunilah segala dosa hamba Mu yang kerdil lagi lemah ini. :'(

Comments

Popular Posts