Waktu-waktu Yang Diharamkan Solat
Assalamualaikum...
Saya ingin berkongsi sesuatu yang amat penting untuk kita semua sebagai umat Islam agar tidak melakukan sesuatu amalan yang ditegah dalam Islam.
Ada beberapa waktu yang kita diharamkan untuk menunaikan solat sunat yakni:-
- Waktu selepas solat Subuh sehingga terbitnya matahari.
- Waktu mulai terbit matahari (syuruk) sehingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
- Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) sehingga gelincir matahari kecuali pada hari Jumaat.
- Waktu selepas solat Asar sehingga matahari kekuningan.
- Waktu matahari kekuningan sehingga matahari terbenam.
Adapun begitu, solat sunat Tahiyyatul Masjid adalah diharuskan pada waktu matahari kekuningan sehingga matahari terbenam jika anda memasuki masjid untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Solat sunat Sabab Muta'akkhir (sebab terkemudian) adalah haram dikerjakan di dalam waktu-waktu seperti yang tertera di atas tadi. Solat sunat yang dimaksudkan ialah:-
- Solat sunat Ihram.
- Solat sunat Istikharah.
- Solat sunat Keluar Dari Rumah.
- Solat sunat Musafir.
- Solat sunat Qatl.
- Solat sunat Hajat.
Solat sunat bagi solat fardhu adalah seperti berikut:-
- Zohor — Solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah Zohor.
- Asar — Solat sunat Qabliyah Asar sahaja. (diharamkan solat sunat Ba'diyah selepas waktu Asar)
- Maghrib — Solat sunat Ba'diyah Maghrib sahaja. (diharamkan solat sunat Qabliyah sebelum waktu Maghrib)
- Isya' — Solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah Isya'.
- Subuh — Solat sunat Qabliyah Subuh sahaja. (diharamkan solat sunat Ba'diyah selepas waktu Subuh sehingga terbitnya matahari)
Semoga entri ini dapat membantu serba sedikit bagi anda yang tidak mengetahuinya. Wallahua'lam.
P/S : Saya berharap agar entri ini dapat kita kongsikan bersama rakan-rakan seagama dengan kita supaya mendapat syafaat dari setiap yang membacanya. Wallahua'lam. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kekhilafan saya sendiri.
Sumber:-
Sumber:-
Comments