Bingkisan Hati

Rindu ini tiada terbendung lagi..
Mahu atau tidak, terpaksa ku menanggungnya.

Kenapa hati ini begitu merindukan Dia.
Sudah lama tidak ku berjaga mencari redhaNya.
Mungkin malam ini dapat ku melepaskan rindu?
Harap-harap tiada penghalang melingkari mataku.

Aku rindu dan terus merindu.
RedhaMu aku pohon untuk hati ini.
Agar senantiasa tenang walau diuji.
Aku sedar, aku hanya mampu memberikan sekelumit cintaku kepadaMu.

Maafkanlah diriku ini yang sangat lemah.
Mudah sungguh nafsu ini dibisik syaitan.
Aku mudah alpa bila nafsu mengatasi aqalku.
Jauhi aku dari segala kemungkaran, YA ALLAH.

Aku merindukan redhaMu Ya Rahman.. Ya Rahim...

Comments

Popular Posts