Matrix Oh! Matrix
"designed by Pininfarina" |
Kesian mak saya. minggu lepas kereta dia buat hal lagi. kali ni kereta Hyundai Matrix 1.8 GLS (A) tu memain dengan mak saya. hidup segan, mati tak mau. bila start, jalan aje 200-300 meter engine dia akan mati.
Nasib baik dia memainkan mak saya masa tu dekat aje dengan bengkel. kalau tidak, terpaksa hubungi longkai untuk tunda kereta ke bengkel. Lagi tinggi kosnya nanti.
Petang tadi saya ke bengkel sebab pomen tu telefon beritahu apa yang rosak. Sampai kat bengkel waktu tu sudah lewat petang. Sekarang ni pomen cakap enjin sudah 'kong' terus. Piston longgar katanya. Dia siap goncang-goncang piston depan saya sebab nak buktikan yang piston tu betul-betul longgar. Saya tanya dia apa penyelesaian untuk masalah tu. Dia bagi dua pilihan.
Yang pertama, overhaul enjin tu. Tetapi peluang untuk pulih seperti sediakala adalah 50-50. Yang kedua, tukar terus sebiji enjin. Dalam hati saya, "Kereta ni macam-macam hal..!"
Kos untuk overhaul enjin dalam lingkungan 3,000 hingga 4,000 ringgit manakala kos untuk tukar sebiji enjin dalam lingkungan 4,000 hingga 5,000 ringgit. Kalau tukar enjin tu, peluang untuk buat hal lagi adalah sangat rendah. Mungkin ayah saya akan buat pilihan yang ke dua kerana dia kenal ramai tauke-tauke kedai potong kereta di kawasan Kajang. Kebiasaannya dia akan telefon untuk tempah enjin tu dan saya akan ke sana untuk ambil dan bayar enjin tu.
Buat orang jadi finin kipala. |
Mak ada syorkan pada ayah saya untuk jual sahaja kereta tu memandangkan ia sering membawa masalah. Masalah sekarang ni, kereta tu kalau jual pun nilainya tak seberapa. Bayaran penuh di bank masih lagi ada dalam lingkungan 20,000 ringgit. Nilaian harga kereta tersebut dalam pasaran kereta terpakai dalam lingkungan 15,000 hingga 17,000 ringgit sahaja. Jawabnya, pakai kereta tu sampai reput. Apa yang menarik tentang kereta ni cuma emblem di tepi cermin belakang yang tertulis, "designed by Pininfarina". Selain dari itu, tiada apa yang menarik. Semuanya sama seperti kereta lain.
Baharu tiga bulan lepas tukar kotak gear. Habis 3,000 ringgit juga termasuk upah pasang. Dek kerana "designed by Pininfarina" itulah yang membuatkan ayah saya finin kipala. Saya hendak tolong pun, diri sendiri belum mampu hendak berdiri di atas kaki sendiri lagi. Jika telefon pintar atau tablet, saya memang syorkan untuk beli Samsung, tetapi kalau kereta, memang saya tidak mahu syorkan kepada anda semua untuk beli produk keluaran Korea. Kos alatganti dan baikpulihnya sangat tinggi.
P/S Beli kereta Korea ni kena tanggung risiko untuk pakai kereta tu sampai reput. Kalau anda sanggup! Silakan. Dari segi keselesaan, memang terbaik! Kereta Malaysia memang tidak mampu untuk menyainginya, okay!
P/S Beli kereta Korea ni kena tanggung risiko untuk pakai kereta tu sampai reput. Kalau anda sanggup! Silakan. Dari segi keselesaan, memang terbaik! Kereta Malaysia memang tidak mampu untuk menyainginya, okay!
Comments
Nasib.....