Alhamdulillah, Susu AMH Berstatus Halal
Pagi tadi tiba-tiba saya rasa nak semak status susu yang Ahmad Miqdad Huzaifah (AMH) minum sekarang ni. Dah hampir 3 minggu minum susu ni baru nak semak status halal kan? Apalah saya ni.. ayah yang tak perihatin? =P
Apa pun, alhamdulillah.. syukur sesangat sebab susu tersebut Halal. Saya semak menerusi atas talian di Direktori Halal Malaysia yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dutch Baby Step 1 (0-12 bulan). |
AMH sekarang ni minum susu Dutch Baby Step 1 (0-12 bulan). Sebelum ni dia minum susu Nestle Nan Pro 1 (berstatus Halal: carian dalam Direktori Halal), akan tetapi dia sudah kurang minat dengan susu tu sebab setiap kali menyusu, mesti tak habis. Jadi, saya dengan mama dia cuba cari jenama lain untuknya.
Klik untuk imej lebih jelas. |
Setakat ni, setiap kali menyusu AMH mesti habiskan susu dia tu. Syukur sangat sebab tak perlu bersusah payah nak pilih banyak-banyak susu. Lagipun susu Nestle Nan Pro 1 setelah keluar pek baru ni harganya sangat mahal. Bagi ibu bapa yang sederhana seperti kami, agak terasa keperitan dalam perbelanjaan bulanan.
Kepada sesiapa yang bercadang nak menyusukan anak mereka dengan Dutch Baby Step 1 atau Step 2, saya rasa tak jadi masalah dengan status Halal produk mereka. Saya telah semak dan ianya adalah HALAL. Pastikan setiap apa yang kita berikan kepada anak-anak kita adalah dari benda-benda yang Halal kerana ia akan menjadi darah daging mereka.
Sekian buat kali ni. Teruskan membaca untuk mendapatkan info-info menarik, in shaa Allah.
Comments