AMH Menangis Berterusan

Ya Allah.. semalam AMH menangis berterusan sampai saya dan mama dia tak berdaya nak buat apa. 2 hari lepas ada kami jumpa kutu ba alif ba ya sedang bergerak kat cuping telinga dia. Saya dah berjaya buang sebab parasit tu belum gigit dan melekat lagi, baru 'bersiar-siar' mencari lokasi yang sesuai.

Alih-alih, petang semalam lepas ambil dia kat rumah pengasuh, dia menangis sampai takde suara. Macam dah tak sedarkan diri. Hilang sekejap akal saya dibuatnya. Tak tahu nak buat macam mana, saya terus start enjin kereta dan ajak mama dia ke klinik. Sampai solat maghrib pun dah dekat nak habis waktu.

Dalam kereta, AMH diam jer. Memang feveret dia berjalan-jalan ni. Sakit macam mana pun, dia mesti suka kalau naik kereta. =)

Klinik Amal dan Surgeri, Telok Mas

Setibanya di Klinik Amal dan Surgeri, Telok Mas, mama AMH pergi buat pendaftaran dulu. Orang sikit punya ramai yang sakit malam tadi. "Ah, sudah.. harap dia tak menangislah dalam klinik tu nanti," bentak hati saya. Terus saya tinggalkan AMH dengan mama dia untuk solat di masjid yang berhampiran.

Selesai solat, terus ke klinik semula. Nombor giliran masa tu 56 dan nombor giliran kami ialah 60. Nak boleh sampai giliran tu sikit punya lama dan azab. MashaAllah, AMH tak menangis sangat. Dia tidur di atas pangkuan mama dia.

Masuk jumpa doktor, mintak dia periksa kedua belah telinga AMH. Manalah tahu dia menangis tu sebab kutu ba alif ba ya tu dah masuk dalam telinga dia ke, kan? Siapa tahu..

Doktor cakap takde sebarang parasit pun dalam telinga. Syukur sesangat sebab takde kutu najis tu dalam telinga AMH. Doktor bekalkan ubat selesema oleh kerana selesema AMH belum baik lagi.

Nanti dulu.. cerita belum habis. Sampai jer kat rumah, AMH mula menangis semula. 'Merusuh' jugak saya dengan mama dia nak buat dia diam dan tidur. Allah menguji kami berdua agaknya. Mungkin ada kekurangan kami sebagai ibu bapa AMH sehinggakan Allah memberikan ujian sebegini kepada kami.

Tepat jam 11:00 malam, AMH lena dibuai mimpi.

Comments

Popular Posts