Demam Mengejut

Semalam saya ada tulis tentang AMH pergi klinik sebab asyik menangis sampai takde suara. Pagi tadi kira-kira jam 4:00 pagi, sekali lagi kami dikejutkan dengan tangisan AMH yang sangat kuat.

Saya terkejut sebab badan AMH sangat panas seperti air suam. Kalau suam-suam kuku, boleh tahan kira lagi. Ni dah tahap Milo suam.. apa lagi, terus mama dia pergi ke dapur dan ambil asam jawa lepas tu rendam dalam air bertapis.

Saya cari kain untuk 'sponging' AMH dengan air asam jawa tu. Lepas badan dia rasa selesa sikit, baru AMH sambung tidur. Fuh, risau saya dengan kepanasan badannya pagi tadi.

Mama dia pergi mengajar pagi tadi (keberadaan guru), lepas tu balik semula jam 8:00 pagi untuk bawa AMH ke Klinik Kesihatan Umbai.

Klinik Kesihatan Umbai, Melaka

Kesian AMH bila tengok keadaan dia yang tak bermaya. Rasa sedih hati ni. Rupanya, beginilah perasaan seorang ayah apabila anaknya sakit. Masa hantar ke klinik tu, orang boleh tahan jugak ramainya. Jadi, terpaksalah kami tunggu. AMH merengek kesakitan, cuma dia tak mampu untuk berkata-kata memberitahu kesakitannya. Dia hanya mampu merengek kecil dan sesekali menangis.

Ahmad Miqdad Huzaifah bersama mamanya

Selesai jumpa doktor, saya terus ke farmasi untuk ambil ubat batuk/selesema dan parasetamol. Kami amat berharap agar AMH cepat sembuh kerana saya akan ke Kuala Lumpur minggu depan. Almaklumlah, nak mencari kerja-kerja yang boleh dimohon.

Balik dari klinik, mama AMH terpaksa kembali ke sekolah untuk mengajar. Jadi, mama AMH hantar saya dan AMH balik ke rumah. Di rumah, AMH dipantau oleh saya sepenuhnya. Hari tu, AMH tak dihantar ke pengasuh.

Ahmad Miqdad Huzaifah separuh bogel

AMH terpaksa diseparuh bogelkan kerana suhu badannya agak tinggi. Dijemur di bawah kipas bagi memastikan kepanasan dapat dibebaskan. Haha.. skema ayat tu. Apa pun, inilah hasil pemantauan saya terhadap AMH. Dah makin kurus walid tengok Miqdad sebab demam. Tapi selera makan, boleh tahan jugak walaupun demam. Hehe.. Semoga cepat sembuh wahai anakku.

Comments

Popular Posts