Jerawat Jingga Di Hidung

Orang Terengganu akan cakap, "Rezak molek!"

Itulah yang mampu saya kata untuk jerawat jingga yang tumbuh di antara hidung dan pipi saya ni. Inilah penangannya bila isteri meniaga produk kecantikan muka, tapi suami degil tak mahu guna. Haha >:)

Jerawat merupakan musuh utama saya!

Penat isteri saya suruh guna pencuci muka SF Beauty yang dia jual tu, tapi saya degil. Kononnya orang lelaki tak perlukan produk-produk seperti tu. Tapi bila jerawat jingga naik kat atas muka, tekanan tu sangat terasa. Kalau kecik anak tak apa jugak, ini sebesar alam ia tumbuh!

Bila saya mengadu kat isteri, "Sayang, geramlah dengan jerawat jingga kat hidung ni!"

Dengan selamba isteri saya balas, "Orang degil memang macam tu."

Bila dia jawab macam gitu, terasa gelihati pulak. Mana tak gelihati, dengan muka selamba bagi respon selamba.

"Baiklah sayangku, abang akan guna produk SF Beauty tu," kata saya kepada isteri tercinta.

Selepas seminggu guna pencuci muka SF Beauty, jerawat jingga tu menghilang dan kulit muka saya terasa kembali tegang (ayat promosi). Haha =P

Set produk kecantikan SF Beauty

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan SF Beauty, boleh Whatsapp ke nombor 013-932 9884 atau 013-982 9884.

Harga yang ditawarkan RM 40.00 untuk sabun pencuci muka sahaja, RM 40.00 untuk krim siang, dan RM 40.00 untuk krim malam. Jika anda nak jimat, boleh beli satu set pada harga RM 95.00 sahaja sekali dengan kos penghantaran.

Kalau nak jimat lagi, beli dua set pada harga RM 175.00 sahaja sekali dengan kos penghantaran (RM 15.00 jimat). Senang cerita, lagi banyak anda beli maka lagi jimatlah duit anda. Sila Whatsapp terlebih dahulu jika ingin bertanyakan tentang produk ini.

Sekian, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca blog saya.

Comments

Popular Posts