Lawatan Kehormat
Khamis lepas, kami menerima lawatan kehormat Aki dan Maktok AMH. Aki terima pingat daripada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari Khamis pagi.
Alhamdulillah dan tahniah buat Aki AMH di atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (PPN). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran, tetapi segala penat lelahnya selama ini dihargai. I'm proud to be your son, ayah..
Mereka tiba di rumah jam 4:00 petang. Katanya termakan 'buah langsat' punca mereka lambat sampai. Hehe.. Apa pun, syukur sebab mereka sampai dengan selamat.
AMH sangat teruja dengan kehadiran Aki dan Maktoknya. Nampak sahaja mereka, gelak sakan AMH. Kali ni, Aki dan Maktok jer yang datang melawat. Wanumi sibuk menguruskan budak-budak sekolahnya berkhemah di SK Air Putih, Kemaman.
Kunjungan Aki disambut dengan ciuman |
AMH suka sangat sampai tahan mata tak mahu tidur. Demam serta-merta hilang. Mungkin demam tu bercampur dengan rindu. Saya berharap sesangat tahun ni permohonan untuk isteri saya bertukar ke Kemaman dapat direalisasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Gambar kat atas ni menceritakan segalanya.
Muka keterujaan AMH tonton televisyen dengan Akinya |
Seronok tengok muka anak yang aktif bermain. AMH sangat suka bermain dengan Aki berbanding dengan Walidnya. Mana tidaknya, bermacam-macam aktiviti yang Aki dia buat untuk menggembirakannya.
Salah satu aktiviti permainan baru AMH |
Walid tak berani nak main macam tu dengan AMH. Bukan apa, takut dia menggelupur dan Walid tak mampu nak kontrol. Jatuh anak Walid, menangis tak berlagu jawabnya. =( Aki takpe, dia dah mahir.
Tengok muka AMH, gembiranya dia |
Lepas Walid dah ada keyakinan, in-shaa Allah Walid akan cuba main camtu dengan AMH yer. Buat masa sekarang ni, biarlah Aki jer yang main permainan sebegitu dengan AMH.
Hari Jumaat petang, Aki dan Maktok bertolak balik ke Kemaman kerana pada hari Sabtu, Aki terpaksa menghadiri majlis Konvokesyen TATiUC dan di sekolah Aki ada Forum Perdana pada sebelah petangnya. Sewaktu Aki dan Maktok berangkat, AMH sedang tidur.
Waktu AMH celik mata, dia seakan tercari-cari Aki dan Maktoknya. Alahai.. kesian betul anak Walid. =(
Comments