Ma dan Abah Berangkat ke Tanah Suci Mekah

Pada 25 September baru-baru ni, Ma dan Abah telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan rukun Islam yang ke-5. Syukur sangat kerana mereka berdua dah lama nantikan saat tersebut. Alhamdulillah, tahun ni mereka dapat juga akhirnya menziarah Rumah Allah dan Makam Rasulullah.

Tanah Suci Mekah

Kami sekeluarga tidak dapat pulang untuk menghantar mereka ke lapangan terbang, hanya gambar-gambar yang dikirim oleh adik-beradik yang lain mampu menjadi pengubat rindu Mama AMH kepada mereka.

Ma dan Abah sebelum berangkat ke lapangan terbang

Semoga ibadah kedua mereka diterima Allah dan mendapat haji yang mabrur, in-shaa Allah. Kami juga berdoa agar suatu hari nanti, saya dan Mama AMH dapat menjejakkan kaki kami di sana.

Adila dan Ana bergambar bersama Ma

Waktu ni, perasaan kami di sini terasa amat sedih dan sayu kerana mereka akan berada di sana lebih dari sebulan. Kebiasaannya, walaupun kami jarang pulang ke kampung, Mama AMH ada juga menelefon dan dengar suara Ma.

Abah nampak sedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anak
buat sementara waktu

Anak-anak sangat rapat dengan Ma. Saya sendiri boleh dikatakan rapat walaupun cuma menantu. =) Menantu kesayangan? Takdelah, semuanya dapat kasih sayang sama rata.

Adila cuba menahan kesedihan

Saya dan Mama AMH doakan semoga mereka selamat dan sihat di sana agar dapat mereka beribadah dengan tenang. "Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di sana. Engkau lindungilah mereka di sana dan rahmatilah mereka dengan haji yang mabrur. Amin Ya Robbal Alamin."

Mereka akan pulang ke tanah air pada 9 November nanti. Mudahan mereka pulang ke tanah air dengan selamat, in-shaa Allah.

Itu sahaja laporan saya. Sekian, jumpa lagi di lain entri. Kbai!

Comments

Popular Posts