Mencari Mentor Dalam Penulisan
Assalamualaikum w.b.t.,
Saya sangat bersetuju dengan tips yang diberi. Cuma saya perlukan seorang mentor yang betul-betul boleh menjadikan saya seorang blogger yang mampu menjana pendapatan memandangkan saya sekarang telah bergelar Mr. Mama. Kurang-kurang dapat saya meringankan beban dalam perbelanjaan rumahtangga kami.
Maaf kerana sudah agak lama saya tidak tulis entri baharu. Bukan kerana saya malas, tetapi saya ketiadaan idea untuk menulis. Tetapi hari ni saya telah membaca satu blog yang membuatkan saya bersemangat dan mempunyai idea untuk menulis. Setelah beberapa hari mendiamkan diri.
Beberapa hari yang lepas, saya sedikit sibuk menguruskan hal anak. Maklum sahajalah, Mama Miqdad menghadiri kursus Continuous Professionalism Development (CPD) Kohort 3/2013 di City Villa Hotel, Kuala Lumpur. Kerana itu, saya terpaksa pulang ke kampung dengan membawa Miqdad bersama untuk dijaga.
Beberapa peristiwa telah berlaku sepanjang ketiadaan Mama Miqdad. Antaranya, Miqdad jatuh katil. Susah untuk saya menceritakan hal ini, tetapi saya akui ianya berpunca dari kelalaian saya ketika menjaga anak. Justeru itu, saya ingin menasihatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya lebih berhati-hati dan cuba untuk tidak tinggalkan anak tidur di atas katil tanpa pengawasan anda.
Baiklah, tujuan saya menulis entri kali ini adalah untuk berkongsi dan mencari. Pencarian seorang mentor untuk saya menulis blog. Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan sebuah blog yang memberikan sedikit sebanyak tips untuk menulis blog. Sila rujuk blog saudara Arham Zulqarnaen.
Blogging 101: Bagaimana untuk menulis blog |
Saya sangat bersetuju dengan tips yang diberi. Cuma saya perlukan seorang mentor yang betul-betul boleh menjadikan saya seorang blogger yang mampu menjana pendapatan memandangkan saya sekarang telah bergelar Mr. Mama. Kurang-kurang dapat saya meringankan beban dalam perbelanjaan rumahtangga kami.
Sudah beberapa kali saya menghadiri temuduga, namun tiada satu pun lagi syarikat yang menghubungi saya untuk tawaran bekerja. Mungkin Allah telah menetapkan semua itu bukan rezeki saya, namun saya memerlukan duit untuk menampung kos hidup kami sekeluarga. Saya masih buntu bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara online ni.
Dengan modal yang ada tidak seberapa, agak susah untuk saya berniaga secara besar-besaran. Semoga ada mentor-mentor atau otai-otai yang sudi membantu saya. "Coaching yang bagus akan memberikan output yang baik," itu pendapat saya.
In Shaa Allah, jika tiada aral melintang, saya akan menulis lagi. Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam..
Comments