Nasi Lemak Ikan Masin
Gambar hiasan |
Hari ini dalam sejarah — buat pertama kalinya saya makan nasi lemak dengan ikan masin. Pelik juga resepi ni. Tak pernah hayat, saya jumpa nasi lemak lauk ikan masin ni. Tapi layan juga rasanya. Dah lama tak makan ikan masin.
Cuba tanya Uncle G, rupanya nasi lemak ikan masin ni agak terkenal juga. Siap ada restoran yang jual nasi lemak ikan masin semata di Kota Damansara. Kalau ke KL, harus singgah restoran tu. Hihihi..
Cuba tanya Uncle G, rupanya nasi lemak ikan masin ni agak terkenal juga. Siap ada restoran yang jual nasi lemak ikan masin semata di Kota Damansara. Kalau ke KL, harus singgah restoran tu. Hihihi..
Lama tak cerita pasal AMH kan? Semalam AMH tak berapa sihat. Jadi, saya terpaksa jaga dia di rumah. Tak keruan saya dibuatnya. Pinggan bertimbun tak berbasuh, baju dia sebaldi penuh tak berbasuh. Cadangnya semalam nak selesaikan semua tu, tapi AMH ni kalau tak sihat memang memerap aje lah..
Bagi dia tidur pun, tak sampai setengah jam dah jaga balik. Waktu dia tidur tu sempat saya makan pagi aje.. kalau dia sihat, boleh saya letak aje dia dekat ruang tamu tu. Kepong kawasan ruang tamu tu dengan bantal, In Shaa Allah tak ke mana dia. Hanya bermain sekitar ruang tamu tu aje.
Hari ni dia masih belum recover sepenuhnya, tapi saya minta Mama dia hantar ke rumah pengasuh kerana saya perlu basuh juga baju dia sebab pajamas dah kehabisan stok. Sedih aje muka dia pagi tadi waktu letak kat atas baby car seat tu. Berat juga hati ni nak hantarkan dia ke rumah pengasuh.
Normally kalau dia kurang sihat, saya akan jaga dan uruskan dia sendiri di rumah. Memang dah biasa uruskan sebelum ni. Tapi memandangkan baju dah penuh baldi.. takde choice. Harap dia okay kat rumah pengasuh hari ni. =(
Miqdad, Walid minta maaf sebab tak dapat jaga Miqdad hari ni. Walid perlu selesaikan kerja-kerja yang tergendala.
Comments